DASAR PRIVASI

DASAR PRIVASI

I Bagaimana kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat peribadi anda

  1. Pengumpulan maklumat peribadi

Apabila anda menggunakan LOKLOK, kami akan mengumpulkan beberapa maklumat peribadi anda. Jenis maklumat yang kami kumpulkan dan cara kami menggunakannya bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan kami, dan kami mungkin mengumpulkan maklumat peribadi anda melalui cara yang berlainan.

  1. Maklumat yang anda berikan semasa pendaftaran akaun log masuk

Apabila anda menggunakan fungsi daftar dan log masuk, anda perlu memberi kami nombor telefon dan kod pengesahan anda. Anda harus memastikan kesahihan maklumat tersebut. Maklumat-maklumat yang kami kumpulkan ini digunakan untuk membekalkan perkhidmatan daftar dan log masuk akaun serta menjamin keselamatan akaun anda, dan untuk mencegah risiko keselamatan.

  1. Maklumat yang kami kumpulkan secara automatik

Apabila anda menggunakan perkhidmatan NETPOD, kami akan mengumpulkan beberapa maklumat mengenai peranti anda, maklumat tentang aktiviti semasa anda menggunakan perkhidmatan NETPOD dan sebagainya secara automatik, maklumat-maklumat ini termasuk:

 (1) Maklumat peranti

Apabila anda menggunakan perkhidmatan paparan/main/muat turun video kami, kami akan mengumpulkan maklumat peranti anda secara automatik, termasuk alamat IP anda, jenis peranti, model peranti, nama peranti, kod pengenal peranti unik, jenis dan tetapan pelayar, sistem operasi, tetapan bahasa, maklumat rangkaian mudah alih (termasuk nama operator dan nombor telefon), maklumat versi aplikasi, maklumat penyimpanan dan maklumat teknikal lain. Kami mungkin juga akan mengumpulkan maklumat mengenai bagaimana peranti anda berinteraksi dengan laman web kami, termasuk halaman yang anda kunjungi dan pautan yang anda klik. Maklumat sebegini yang kami kumpulkan adalah untuk merealisasikan peranan produk dan perniagaan yang paling asas, menjamin keselamatan akaun dan sistem anda serta membekalkan anda perkhidmatan yang stabil dan berterusan. 

 (2) Maklumat tentang penggunaan anda dalam perkhidmatan NETPOD

Apabila anda menggunakan perkhidmatan NETPOD, kami akan mengumpulkan maklumat video yang anda tonton, perkataan-perkataan yang anda cari (termasuk mesej suara), kekerapan anda melayari video dan berinteraksi dengan mereka, maklumat-maklumat yang anda simpan dan sebagainya secara automatik. Maklumat-maklumat yang kami kumpulkan ini adalah untuk membekalkan kandungan yang anda perlukan. Pada masa yang sama, untuk memahami pengguna dengan lebih baik, kami akan menggunakan maklumat-maklumat ini untuk menganalisis pilihan video tontonan anda dan sebagainya, agar mengesyorkan video dan iklan serta perkhidmatan yang anda lebih berminat dan lebih berkualiti kepada anda secara masa nyata

 (3) Maklumat log

Kami akan mengumpul maklumat log anda semasa penggunaan perkhidmatan LOKLOK secara automatik, Maklumat-maklumat tersebut mungkin diperoleh melalui penggunaan Kuki, Beacon Web, fail log, skrip pengaturcaraan, e-tag atau dengan sebarang cara yang lain. Sekira anda ingin mengetahui cara kami menggunakan Kuki dan teknik yang serupa dengan lebih lanjut, sila membaca “Syarat Kuki”.

(4) Maklumat lokasi

Kita akan mengumpul maklumat lokasi anda apabila anda menggunakan perkhidmatan kita untuk melaksanakan beberapa fungsi yang berguna seperti merekomendasi kandungan video dan pengiklanan yang lebih baik di kawasan anda. Kita akan menggunakan alamat IP anda untuk menganggar lokasi anda.

  1. Maklumat daripada pihak ketiga

Kita mungkin mengumpul maklumat peribadi anda secara tidak langsung daripada pihak ketiga. Maklumat yang kita kumpulkan daripada pihak ketiga termasuk:

  • Maklumat akaun pihak ketiga: Jika anda log masuk ke perkhidmatan kita melalui akaun platform pihak ketiga (seperti Facebook/Google/Apple ID dan lain-lain), kita akan mendapatkan maklumat akaun anda (termasuk nama, avatar, nombor telefon, e-mel dan lain-lain, berdasarkan kebenaran anda) daripada platform pihak ketiga untuk menubuhkan atau log masuk ke akaun LOKLOK anda, menyediakan perkhidmatan untuk pengguna yang log masuk, melindungi keselamatan akaun anda dan mencegah risiko keselamatan.

 

  • Maklumat agensi pembayaran pihak ketiga: Jika anda membeli perkhidmatan VIP kita serta perkhidmatan yang melibatkan pembayaran, agensi pembayaran pihak ketiga yang bekerjasama dengan kita (seperti Apple pay, Google pay, MasterCard dan lain-lain) akan membekalkan maklumat pembayaran atau kemas kini tentang maklumat pembayaran anda kepada kita untuk mengesahkan status pembayaran anda dan membolehkan perkhidmatan yang dibekalkan akan berjalan dengan lancar; harap maklum bahawa kita hanya mengumpul maklumat produk yang dibeli, nombor siri pembayaran dan saluran ID anda. Kita tidak mengumpul sebarang maklumat pembayaran lain seperti nombor akaun kad bank anda, kata laluan pembayaran dan lain-lain.

 

  • Maklumat yang diperoleh daripada sumber yang tersedia secara umum: Seperti data awam kerajaan, data awam pada platform media sosial dan lain-lain.

 

 

 

  • Maklumat yang diperolehi daripada sumber lain.

Anda ketahui bahawa kita tidak boleh dan tidak akan mendapatkan maklumat peribadi anda yang dikumpul oleh pihak ketiga tanpa kebenaran. Jika kita perlu mengumpul maklumat peribadi anda secara tidak langsung daripada pihak ketiga disebabkan perkongsian perniagaan dan lain-lain, kita akan memastikan pengumpulan dan penggunaan maklumat yang sah dari pelbagai peringkat dan saluran:

  1. Penggunaan maklumat peribadi

Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang terkumpul dalam perkhidmatan LOKLOK dengan berdasar kepada jenis maklumat yang berlainan untuk tujuan yang berikut:

 (1) Keperluan terhadap pengikatan dan pelaksanaan perjanjian antara kami dan anda serta perlaksanaan perjanjian di antara kami dan anda,

 (2) Penyediaan, pengendalian, penyelenggaraan, penyelidikan serta pengembangan dan penambahbaikan perkhidmatan LOKLOK (termasuk kandungan video dan sebagainya),

 (3) Membekalkan perkhidmatan pengesyoran yang diperibadikan (termasuk kandungan video dan sebagainya),

 (4) Menilai permohonan anda (jika berkenan), membalas soalan/pertanyaan/maklum balas/pertikaian anda,

 (5) Mengendalikan permintaan pendaftaran dan log masuk anda,

 (6) Bagi kaedah untuk berhubung anda yang diberikan semasa menggunakan perkhidmatan LOKLOK atau yang dikumpulkan oleh LOKLOK, kami mungkin akan menggunakannya untuk berhubung dengan anda semasa operasi, untuk kirimkan mesej pengesahan keselamatan kepada anda,

 (7) Memantau, mencegah atau menyiasat sebarang perihal penipuan, penyalahgunaan, risiko keselamatan dan isu teknikal yang mengancam LOKLOK, anda atau orang ramai, melindungi keselamatan akaun anda dan sistem, meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan LOKLOK,

 (8) Menyelidik pasaran dan menganalisis trend, statistik komprehensif, analisis data, pengendalian dan penyelidikan yang berkaitan dengan perkhidmatan LOKLOK. Bagi menggunakan maklumat anda untuk tujuan di atas, kami akan mengendalikan maklumat tersebut dengan menggunakan teknik yang berlainan. Semasa menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang tidak terangkum dalam polisi ini, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.

  1. Syarat-syarat Kuki

Kuki adalah fail kecil yang mengandungi rentetan aksara yang dihantar dan disimpan dalam komputer, peranti mudah alih atau peranti lain anda (biasanya melalui penyulitan) semasa anda log masuk dan menggunakan laman web atau kandungan web lain. Teknologi serupa Kuki boleh digunakan atas teknologi lain yang mempunyai tujuan yang sama dengan Kuki, seperti Beacon Web, Proksi, skrip terbenam dan sebagainya. Dalam dasar ini, kami merujukkan semua teknologi jenis ini secara kolektifnya sebagai “Kuki”. Biasanya, kami akan menggunakan Kuki untuk mengumpul maklumat peribadi anda semasa anda mendaftar, log masuk dan menggunakan perkhidmatan kami, seperti kebiasaan anda semasa mengunjungi laman web, maklumat pelayaran anda, maklumat log masuk anda dan sebagainya.

Tujuan kami menggunakan Kuki adalah untuk mempermudahkan langkah operasi (seperti mengekalkan status log masuk dan sebagainya), melindungi maklumat akaun anda dan keselamatan produk kami, merekodkan tetapan keutamaan anda, menganalisis keadaan penggunaan anda bagi memperbaiki perkhidmatan kami dan tujuan yang sebagainya.

Anda boleh mengurus atau memadamkan Kuki yang telah disimpan dalam komputer, peranti mudah alih atau kelengkapan anda yang lain melalui fungsi berkenaan pelayar atau peranti anda. Sebahagian perkhidmatan kami hanya dapat dicapai melalui penggunaan Kuki, sekiranya anda enggan menggunakan atau memadamkannya, kamu berkemungkinan tidak dapat menggunakan perkhidmatan kami yang berkenaan secara normal atau tidak dapat memperolehi pengalaman perkhidmatan yang terbaik melalui perkhidmatan kami, pada masa yang sama juga berkemungkinan akan mendatangkan kesan yang tertentu terhadap perlindungan maklumat dan keselamatan akaun anda.

 

II Bagaimana kami berkongsi dan mendedahkan maklumat peribadi anda

  1. Perkongsian maklumat peribadi
  2. Maklumat anda yang anda kongsikan

Anda boleh berkongsi maklumat peribadi atau maklumat lain anda dengan pihak ketiga (termasuk sasaran tak spesifik) melalui perkhidmatan LOKLOK. Maklumat yang anda kongsikan ke aplikasi ketiga dikawal dan dikendalikan oleh pihak ketiga, dan tertakluk pada syarat perkhidmatan dan dasar privasinya. Sekiranya situasi seperti kebocoran maklumat atau digunakan adalah disebabkan oleh tingkah laku perkongsian anda, ia tidak ada kaitan dengan kami, anda perlu memikul tanggungjawab undang-undang yang sepadan anda sendiri.

  1. Maklumat anda yang kami kongsikan

Bagi maklumat peribadi anda, kami secara amnya tidak akan berkongsi dengan parti ketiga, sekiranya wujud satu atau lebih situasi yang berikut, maklumat anda akan kami kongsikan dengan parti ketiga berikut bersesuaian dengan kehendak undang-undang di bawah bidang kuasa anda:

2.1 Anda secara inisiatifnya menyatakan kehendak untuk berkongsi atau kebenaran untuk berkongsi telah diperoleh terlebih dahulu.

2.2 Maklumat anda dikongsi atas peruntukan undang-undang atau keperluan peraturan

 (1) Dalam sesetengah keadaan, maklumat peribadi anda mungkin kami kongsikan dengan parti ketiga (seperti badan kehakiman, institusi eksekutif, institusi kerajaan atau parti ketiga lain yang serupa) berdasar kepada peruntukan undang-undang dan kehendak badan pengawalan, untuk melindungi anda, hak undang-undang kami atau kepentingan umum, harta benda atau keselamatan masyarakat, agar tidak mengalami kecederaan.

 (2) Dalam sesetengah keadaan, hanya dengan kongsikan maklumat peribadi anda, baru dapat merealisasikan fungsi perkhidmatan kami atau membekalkan perkhidmatan yang anda perlukan, atau mengendalikan pertikaian atau pertengkaran yang berkaitan dengan anda.

 (3) Maklumat peribadi anda yang dikongsi berdasarkan kepada perjanjian atau dokumen undang-undang berkenaan yang ditandatangani antara anda dengan kami (seperti perjanjian dalam talian, syarat platform dan sebagainya);

 (4) Maklumat yang kami kongsi adalah maklumat yang tidak dikenali, dan parti ketiga yang menerima maklumat tersebut tidak dapat mengenal pasti semula identiti subjek maklumat, atau maklumat peribadi anda diumumkan kepada masyarakat oleh anda sendiri, atau dikumpulkan oleh kami dari saluran terbuka yang sah;

 (5) Keadaan peruntukan undang-undang dan peraturan serta permintaan jabatan pengawasan yang lain.

2.3 Pihak ketiga yang berkaitan dengan transaksi tertentu

Sekiranya kami melakukan penggabungan, pengambilalihan, penyusunan semula, perpecahan, kebankrapan, pemindahan aset atau transaksi serupa, dan maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan sebagai sebahagian daripada transaksi tersebut. Kami akan memberitahu anda dan meminta pemegang baru untuk terus mematuhi dan melaksana semua kandungan "Dasar Privasi" (termasuk tujuan penggunaan, peraturan penggunaan, langkah-langkah perlindungan keselamatan dan sebagainya).

  1. Pendedahan maklumat peribadi
  2. Pendedahan maklumat peribadi

Selain pendedahan yang wajib dilakukan atas sebab mematuhi keputusan mahkamah atau prosedur undang-undang yang lain, mematuhi kehendak agensi kerajaan yang berkenaan atau organisasi berkanun yang sah, dan berdasarkan kepada alasan munasabah seperti keperluan undang-undang, kami tidak akan membuat pendedahan terhadap maklumat peribadi anda secara terbuka. Sekiranya terdapat alasan munasabah untuk membuat pendedahan secara terbuka, kami akan memberitahu anda tentang tujuan dan jenis maklumat yang didedahkan sebelum pendedahan secara terbuka dan hanya akan mendedahkan secara terbuka setelah mendapat kebenaran beri kuasa anda.

Sila maklum bahawa, walaupun telah mendapat persetujuan yang diberi kuasa oleh anda, kami juga hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda dengan tujuan yang sah, terang, wajib, spesifik dan jelas, dan cuba untuk menghilangkan identiti maklumat peribadi terhadap kandungan yang didedahkan secara terbuka seboleh yang mungkin.

 

III Bagaimana kami menyimpan dan melindungi maklumat peribadi anda

  1. Penyimpan maklumat peribadi
  2. Lokasi penyimpan: Kini, pusat simpanan data LOKLOK terletak di Singapura. Anda memahami dan bersetuju bahawa, di bawah syarat dan terma yang dinyatakan dalam dasar ini, kami mungkin akan memindahkan dan menyimpan maklumat peribadi anda di pusat data yang disebutkan di atas sesuai dengan undang-undang. Walaupun lokasi pusat data ini mungkin berbeza dengan piawaian perlindungan maklumat peribadi di bawah bidang kuasa anda, kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi maklumat peribadi anda mengikut piawaian yang lebih ketat, sejauh mungkin untuk mengelakkan risiko kebocoran maklumat peribadi anda.
  3. Tempoh penyimpanan: Secara umum, kami hanya menyimpan maklumat peribadi anda untuk jangka waktu terpendek yang diperlukan untuk tujuan menyediakan perkhidmatan kami. Setelah tempoh penyimpanan di atas dilampaui, kami akan memadam atau menganonimkan maklumat peribadi anda sesuai dengan kehendak undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Sekiranya maklumat tersebut dikongsi oleh kami dengan pihak ketiga, kami juga akan meminta pihak ketiga untuk memadam atau menganonimkan maklumat peribadi tersebut. Namun, bagi situasi yang berikut, kami berkemungkinan akan mengubah tempoh penyimpanan maklumat untuk mematuhi kehendak undang-undang:

 (1) Untuk mematuhi penentuan undang-undang dan peraturan berkenaan yang diguna pakai,

 (2) Untuk mematuhi penentuan keputusan pengadilan mahkamah, hukuman atau prosedur undang-undang yang lain,

 (3) Untuk mematuhi permintaan, agensi kerajaan berkenaan atau organisasi berkanun yang diberi kuasa,

 (4) Untuk mematuhi penentuan undang-undang dan peraturan yang kami mempunyai alasan untuk mempercayai,

 (5) Untuk kegunaan munasabah yang diperlukan bagi pelaksanaan perjanjian atau dasar ini yang berkenaan, pemeliharaan kepentingan masyarakat, untuk melindungi keselamatan peribadi dan harta benda atau hak undang-undang yang sah bagi kami, syarikat sekutu kami, rakan kongsi kami, pengguna atau pekerja yang lain.

Apabila produk atau perkhidmatan kami berhenti operasi, kami akan memberitahu anda dalam bentuk notis, pengumuman, dan lain-lain, dan memadam atau menganonimkan maklumat peribadi anda dalam jangka masa yang munasabah.

  1. Langkah-langkah perlindungan maklumat peribadi

Kami telah terima pakai langkah-langkah perlindungan yang terdiri daripada pelbagai aspek seperti langkah-langkah teknikal keselamatan yang mematuhi piawaian industri serta set struktur organisasi dan sistem pentadbiran untuk melindungi keselamatan maklumat peribadi anda, agar mengurangkan risiko kebocoran, kerosakan, salah guna, akses tanpa keizinan, pendedahan dan pengubahsuaian tanpa keizinan terhadap maklumat anda pada tahap yang maksimum.  

  1. Langkah-langkah teknikal keselamatan data

LOKLOK amat memandang berat terhadap keselamatan maklumat, kami berusaha untuk memberikan jaminan terhadap keselamatan maklumat anda, agar mengelakkan maklumat anda daripada digunakan secara tidak betul atau diakses, digunakan atau dibocorkan tanpa keizinan. Kami akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan kaedah teknikal yang mematuhi piawaian industri untuk menyimpan dan melindungi maklumat peribadi anda.

  1. Pengendalian insiden keselamatan

Bagi insiden keselamatan seperti kebocoran maklumat peribadi, kami akan mengaktifkan pelan kecemasan untuk mencegah insiden keselamatan daripada berkembang. Selakunya insiden keselamatan maklumat pengguna (kebocoran, kehilangan dan sebagainya), kami akan berdasarkan kepada permintaan undang-undang dan peraturan untuk memaklumkan kepada anda mengenai situasi asas dan kesan yang berkemungkinan tentang insiden keselamatan, langkah-langkah penyelesaian yang telah atau bakal kami laksanakan, cadangan yang boleh anda lakukan sendiri untuk mencegah dan mengurangkan risiko, langkah-langkah pemulihan terhadap anda dan sebagainya kena pada masanya. Kami akan mengeluarkan pengumuman dengan cara yang munasabah dan berkesan kena pada masanya.

Harap maklum dan memahami bahawa internet bukanlah persekitaran yang betul-betul selamat, walaupun langkah-langkah perlindungan di atas telah diambil, kami masih tidak dapat menjamin sepenuhnya atau menjamin keselamatan perkhidmatan kami sendiri atau sebarang maklumat yang anda bekalkan kepada kami. Sekiranya maklumat peribadi anda bocor, ia mungkin akan menjejaskan keselamatan diri dan harta benda anda. Sekiranya anda mendapati maklumat peribadi anda sendiri bocor, sila hubungi kami dengan segera, agar kami dapat mengambil langkah-langkah yang sepadan untuk melindungi keselamatan maklumat anda.

 

IV Anda mempunyai hak kawalan terhadap maklumat peribadi

Anda mempunyai pelbagai cara untuk mengawal maklumat peribadi anda dalam perkhidmatan kami. Bahagian ini telah memperkenalkan hak kawalan utama anda terhadap maklumat peribadi anda semasa menggunakan perkhidmatan LOKLOK. Hak anda merangkumi tetapi tidak terhad kepada:

 (1) Hak akses

Anda berhak untuk menyemak atau mengakses maklumat peribadi anda yang berkenaan dalam perkhidmatan kami, termasuk:

Maklumat akaun: Anda boleh log masuk ke akaun peribadi anda pada bila-bila masa melalui halaman produk yang berkaitan untuk mengakses maklumat profil di akaun anda,

Maklumat penggunaan: Anda boleh menyemak sebahagian maklumat penggunaan anda pada bila-bila masa melalui halaman produk yang berkaitan, termasuk rekod simpanan, sejarah tontonan, rekod muat turun luar talian dan sebagainya.

 (2) Hak pembetulan/pengubahsuaian

Anda berhak untuk membetulkan/mengubah sebahagian maklumat peribadi anda dalam perkhidmatan kami mengikut panduan dan tetapan operasi yang disediakan oleh halaman fungsi produk. Anda juga boleh menghubungi kami secara langsung untuk membetulkan atau mengubah data berkenaan anda

 (3) Hak memadam

Anda berhak untuk memadam maklumat peribadi anda yang berkenaan dalam perkhidmatan kami. Anda boleh memadam sebahagian maklumat peribadi anda secara dalam talian dengan dua kaedah iaitu melalui panduan dan tetapan operasi produk kami untuk membuat pemadaman secara kendiri atau melalui permohonan memadam yang dikemukakan kepada kami. Sebagai contoh, anda boleh memadam sejarah tontonan anda secara langsung dalam produk dengan klikkan "Saya — Sejarah tontonan".

Sekiranya kami telah melanggar ketentuan undang-undang atau perjanjian dengan anda, iaitu telah mengumpul, menggunakan atau kongsikan maklumat peribadi anda, anda boleh terus membuat permintaan kepada kami untuk memadamkan maklumat peribadi anda atau meminta kami untuk maklumkan kepada pihak ketiga yang menerima maklumat agar memadamkan maklumat peribadi anda, tetapi kecuali bagi yang telah mengendalikan anonimisasi data atau jika dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang dan peraturan.

Anda memahami dan bersetuju bahawa apabila anda atau kami yang membantu anda untuk memadamkan maklumat yang berkenaan dari perkhidmatan kami, oleh kerana sekatan undang-undang berkaitan dan teknologi keselamatan, kami mungkin tidak dapat memadamkan maklumat yang sepadan dari sistem sandaran dengan segera. Dalam keadaan ini, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat dan mengasingkannya dengan sebarang pemprosesan data yang selanjut sehingga maklumat-maklumat ini dipadamkan atau dianomisasi semasa kemas kini sistem sandaran.

 (4) Hak untuk menarik balik persetujuan

Sekiranya anda ingin menukar autoriti yang berkenaan dan skop sah kuasa bagi maklumat, anda boleh mengubahnya melalui perkakasan peranti anda atau menjalankan pengendalian operasi pada antara muka tetapan fungsi yang berkenaan dalam perkhidmatan kami. Anda juga boleh menarik balik semua sah kuasa kami untuk terus mengumpulkan maklumat peribadi anda secara berkekalan melalui kaedah pembatalan akaun LOKLOK. Setelah anda membatalkan sah kuasa untuk pengumpulan maklumat peribadi yang berkenaan, kami tidak akan lagi mengumpul maklumat tersebut dan tidak dapat lagi memberikan anda perkhidmatan di atas yang sepadan dengannya.

 (5) Hak untuk mengehad/menolak pengendalian maklumat peribadi

Sekiranya bidang kuasa anda mempunyai undang-undang yang menetapkan hak-hak tersebut, anda berhak untuk meminta kami supaya mengehadkan atau menolak pengendalian terhadap sesetengah maklumat peribadi anda, kami akan mengendalikan permintaan anda berdasarkan kepada penetapan undang-undang yang menggabungkan keadaan spesifik anda.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dalam proses pelaksanaan hak-hak di atas, anda boleh menghubungi kami melalui cara kontak yang diberikan dalam dasar ini, kami akan membantu anda selesaikan masalah tersebut dalam jangka masa yang munasabah atau dalam tempoh yang ditentukan oleh undang-undang bidang kuasa anda setelah identiti anda disahkan, kecuali jika dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang dan peraturan-peraturan atau disepakati sebaliknya dalam dasar ini. Selain hak di atas, sekiranya undang-undang di bidang kuasa anda memberikan anda hak maklumat peribadi yang lain, kami tetap akan menjamin untuk merealisasikan hak-hak tersebut seboleh yang mungkin.

 

V Perlindungan di bawah umur

Anda mesti berumur genap 18 tahun baru boleh menggunakan perkhidmatan LOKLOK

Kami amat memandang berat terhadap perlindungan maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur. Definisi umur dan peraturan perlindungan privasi kanak-kanak di bawah umur adalah berbeza bagi bidang kuasa yang berbeza. Sekiranya anda berumur genap 18 tahun, tetapi masih dikategorikan sebagai kanak-kanak di bawah umur mengikut peruntukan undang-undang bagi bidang kuasa di mana anda berada, anda harus membaca dasar ini di bawah temanan dan bimbingan penjaga, dan dasar ini disetujui oleh penjaga itu sendiri. Pada masa yang sama, maklumat peribadi anda yang berkaitan dihantar setelah mendapat persetujuan penjaga. Harap maklum bahawa, disebabkan oleh ciri-ciri Internet dan anonimiti pengguna, sukar bagi kami untuk merealisasikan pengesahan terhadap kesahihan persetujuan penjaga anda satu per satu. Justeru itu, jika anda adalah pengguna bagi situasi yang disebutkan di atas, sila dapatkan persetujuan daripada penjaga anda secara sedar kendiri.

 

Dalam jadual di bawah, kami telah senaraikan had umur minimum pengguna bagi negara yang berkenaan:

 

VI Tentang dasar ini

  1. Skop dasar ini

Dasar ini adalah sesuai diguna pakai untuk Apl LOKLOK, tanpa mengira sama ada anda adalah pengguna yang melayari (pengunjung) atau pengguna log masuk yang berdaftar. Namun, sila ambil perhatian bahawa dasar ini adalah tidak sesuai diguna pakai untuk situasi-situasi yang berikut:

Perkhidmatan kami mungkin akan merangkumi atau dipautkan ke produk yang dibekalkan oleh parti ketiga dan/atau perkhidmatan parti ketiga. Apabila situasi ini berlaku, kami akan memberitahu anda, atau menandakan produk dan/atau perkhidmatan berkenaan sebagai “Produk parti ketiga”, “Perkhidmatan parti ketiga” atau pengungkapan yang serupa.

Produk dan/atau kandungan perkhidmatan lain yang bukan dibekalkan oleh LOKLOK kepada anda.

Warganegara pengguna

Had umur minimum

Hong Kong

18

Singapura

18

Indonesia

21

Thailand

20

Malaysia

18

Vietnam

16

Filipina

18

Brazil

16

Mexico

18

Colombia

18

Argentina

18

Peru

18

Venezuela

18

Chile

18

Paraguay

16

Ecuador

18

  1. Kemas kini dasar ini

Berdasar kepada model perniagaan dan fungsi teknologi LOKLOK yang sentiasa berinovasi dan berkembang, kami mungkin akan mengemas kini syarat “Dasar Privasi” ini pada bila-bila masa. Las kini tersebut membentuk sebahagian daripada “Dasar Privasi”, dan akan berkuatkuasa selepas kemas kini selesai. Kami bercadang supaya anda sentiasa menyemak dasar ini setiap kali anda menggunakan perkhidmatan kami.

  1. Lain-lain

Tajuk dasar ini hanya ditetapkan untuk kemudahan pembacaan, ia tidak menjejaskan makna atau tafsiran mana-mana peruntukan dasar ini.

 

VII Hubungi kami

  1. Sekiranya anda menghadapi masalah yang berkaitan dengan perlindungan privasi atau sebarang pertanyaan (termasuk perundingan masalah, aduan, cadangan dan sebagainya) semasa menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh berhubung dengan kami melalui cara berikut:

Peti E-mel: koderjin@gmail.com

  1. Setelah menerima pertanyaan anda, kami akan membalas dalam tempoh respons terhadap permintaan yang diperuntukkan oleh undang-undang bidang kuasa anda, setelah identiti pengguna anda disahkan. Secara umumnya, kami tidak akan mengenakan kos perkhidmatan oleh yang demikian terhadap anda. Namun, kami mungkin tidak dapat respons terhadap permintaan anda dalam keadaan yang berikut, tetapi kecuali jika dinyatakan sebaliknya oleh sesetengah undang-undang negara/setempat:

Berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara.

Berkaitan dengan keselamatan awam, kesihatan awam dan kepentingan awam yang utama.

Berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan dan pembicaraan jenayah.

Terdapat bukti mencukupi yang menunjukkan bahawa anda mempunyai niat jahat yang subjektif atau menyalahgunakan kuasa.

Respons terhadap permintaan anda akan mengakibatkan kerosakan serius terhadap hak dan kepentingan sah anda atau orang lain dan organisasi.

Keadaan lain yang diperuntukkan oleh undang-undang dan peraturan.

Dalam keadaan-keadaan itu, anda akan menerima notis penjelasan kami yang berkenaan tidak dapat respons terhadap permintaan anda.

 

VIII Penyelesaian Pertikaian

Sekiranya ada mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa telah memutus/menilai bahawa mana-mana klausa dasar ini tidak sah, maka klausa spesifik itu akan dimansuhkan dari dasar ini, namun ketidaksahihan tersebut tidak menjejaskan kesahihan klausa-klausa yang lain dalam dasar ini. Klausa lain bagi dasar ini akan terus dilaksanakan

Sebarang pertikaian yang disebabkan oleh perjanjian ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada pelaksanaan perjanjian ini) atau yang berkenaan dengan perjanjian ini juga harus diselesaikan melalui rundingan damai. Mana-mana pihak juga boleh mengemukakan pertikaian ini ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Hong Kong dan menjalankan timbang tara mengikut “Peraturan Timbang Tara bagi Institusi Pusat Timbang Tara Antarabangsa Hong Kong” yang berkuatkuasa pada masa penyerahan notis timbang tara. Untuk mengelakkan keraguan, rundingan damai bukan prasyarat untuk mengemukakan pertikaian kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Hong Kong untuk ditimbang tara. Anugerah timbang tara adalah muktamad dan terikat kepada setiap pihak. Lokasi timbang tara adalah di Hong Kong dan bahasa timbang tara adalah bahasa Cina.

 

loading